ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Thursday, 9 May 2013

TELUR DAGING BUNGKUS

SUMBER : MAJALAH RASA BAHAN-BAHAN: • 500gm daging cincang • 3 biji telur • 100gm kacang panjang| dihiris • 1 batang lobak merah| dicincang kasar • 1 biji bawang besar | dicincang kasar • 2 biji cili merah | dicincang • 100gm seleri| dicincang • 50gm halia| dicincang • 4 ulas bawang putih | dicincang • 100gm sos tiram • 50gm sos tomato • Garam secukup rasa • 1 sudu teh gula • 1 sudu teh serbuk lada sulah • 100gm cendawan butang | dicincang • Minyak masak secukupnya CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. 2. Selepas itu masukkan daging, seleri, cendawan,lobak merah, cili merah dan kacang panjang. Kacau sehingga rata. 3. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, lada sulah, gula dan garam secukup rasa. Kacau seketika. Angkat dan ketepikan. 4. Pukul telur sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, tuangkan telur yang di pukul tadi dan masukkan daging. Lipatkan telur tadi seperti membungkusnya. 5 Bila sudah agak masak, angkat dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Ada cadangan?